Kamis, 20 Januari 2011

Jalan Cerita

Jalan cerita Need for Speed: Carbon bermula sebaik sahaja pemain keluar dari Rockport dengan kereta BMW M3 GTR selepas penamat Most Wanted.
Semasa memandu sepanjang Carbon Canyon ke Bandaraya Palmont City, dia mengimbau semula perlumbaan haram dengan Kenji, Angie, dan Wolf. Insiden dengan polis semasa tamat perlumbaan memaksa pemain meninggalkan Palmont dengan tergesa-gesa. Di Carbon Canyon waktu sekarang, Cross, bekas Sarjan Polis yang kemudian menjadi pemburu wang ganjaran, menghambat pemain dengan menaiki kereta Chevrolet Corvette[5], menyebabkan kereta BMW M3 GTR remuk akibat berlanggar dengan lori balak. Darius kemudian menyuraikan Cross, dan pemain bertemu dengan Nikki dalam keadaan yang kurang baik.[6]
Darius memberitahu pemain dengan pertolongan Nikki untuk membersihkan imejnya dengan menewaskan geng lumba haram lawan untuk memperoleh kawasan serta mengembalikan semula maruahnya sebagai pelumba haram terhormat di Palmont. Dengan memenangi satu demi satu perlumbaan, pemain merampas kawasan milik Kenji, Angie, dan Wolf. Sebaik sahaja pemain bertemu dengan pelumba yang ingin menyertai kumpulan pemain, beberapa ahli kumpulan secara beransur-ansur mula mendedahkan kisah sebenar dari pandangan mereka, mengenai malam sewaktu pemain meninggalkan Palmont.
Setelah menguasai ketiga-tiga daerah, Darius meminta pemain menemuinya, di mana dia membuat pendedahan bahawa dia sebenarnya mempergunakan pemain. Semasa hampir ditangkap oleh Cross, Nikki menyelamatkan pemain, dan memberitahu pemain bahawa ahli-ahli kumpulannya bercakap benar mengenai insiden polis itu, dan akhirnya menyertai kumpulan pemain. Setelah menyedari bahawa Darius bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejatuhan pemain, pemain seterusnya cuba menguasai daerah Silverton, dan seterusnya menewaskan Darius dan geng "Stacked Deck" pimpinannya, untuk membersihkan sepenuhnya maruah pemain.
Beberapa siri perlumbaan akhir antara pemain dengan geng "Stacked Deck" menyaksikan pemain memenanginya di sebalik usaha Darius untuk menyekatnya. Setelah Darius akhirnya tewas di tangan pemain, Darius terpaksa menyerahkan kunci kereta Audi Le Mans Quattro miliknya kepada pemain serta memencilkan dirinya daripada Palmont dengan memberi amaran kepada pemain, "Nikmatinya sementara masih sempat, suatu hari nanti pasti ada seseorang yang lebih laju daripada engkau, dan lama-kelamaan mereka akan bersaing..."

Tidak ada komentar:

Posting Komentar